Thursday, May 3, 2012

damai didalam solat


 SOLAT ORANG BERIMAN

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah, rakyat malaysia yang menyempurnakan solat lima waktu hanya 20 peratus sahaja, rakyat malaysia yang menunaikan solat fardu subuh  berjemaah hanya 2 peratus sahaja daripada jumlah rakyat malaysia yang beragama Islam. Bayangkan jumlah rakyat yang besar tetapi gagal dalam memenuhi tuntutan agama, tidak hairan kalau negara kita di timpa penyakit sosial seperti runtuhnya institusi keluarga,dadah,rasuah dan sebagainya yang teruk kerana rakyatnya tidak mengambil kisah tuntutan agama. Didalam surah Maryam Allah berfirman yang bermaksud. ”kemudian mereka digantikan oleh keturunan – keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (melakukan maksiat) maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka) kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun”.

            Diantara hikmah menunaikan solat ialah :

  1. Menghubungkan kita (hamba Allah) dengan allah S.W.T
Mempertingkatkan kesedaran dan keimanan bahawa wujudnya Allah  tuhan sekelian alam, apabila hubungan ini telah ada dan sentiasa dikukuhkan, akan mengelakkan kita dari melakukan perkara yang dilarang syariat.
  1. Solat yang sempurna akan membuat seseorang itu rasa tenang dan tenteram. Apabila seseorang itu tenang, segala musibah dan dugaan akan dihadapi dengan baik serta mengharap keredhaan Allah sepanjang hidupnya.
  2. Solat mendidk manusia supaya patuh dan taat pada perintah Allah. Solat juga membentuk peribadi muslim sejati.setiap kali takbiratul ihram kita telah mengangkat tangan tanda menyerarah diri pada Allah yang satu.
  3. Solat mencegah diri melakukan maksiat dan perkara keji. Solat berjemaah mengajarkan kita sentiasa patuh pada arahan dan sentiasa berada dalam jemaah.kerana didalam jemaah itu ada keberkatan. Setiap kali kita solat kita telah berjanji pada Allah, sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku kerana Allah taala.
  4. Solat mendidik kita menjadi manusia yang tidak leka dan lalai, kerana didalam solat kita akan menjaga tertib dan peraturan solat.

Kita semua tahu solat itu tiang agama, solat itu satu kefardhuan dan rukun Islam yang kedua. Solat itu wajib ke atas setiap muslimin dan muslimat. Tapi apakah kita sedar kita sedang membuat pilihan diantara azab dan nikmat yang telah di janjikan Allah ..?kita yang menentukan cara hidup kita, keluarga kita dan negara kita, adakah kita telah laksanakan hak Allah dengan sebaiknya. Sesungguhnya janji  Allah itu benar dan pasti akan berlaku. Seandainya kita baru tersedar dari lamunan dan lakonan pentas dunia ini eloklah kita bertaubat. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan penerima taubat hamba-hambanya yang ingin kembali pada nya. Selagi kita masih diberi pinjaman, elaun dan subsidi atas nikmat hidup diatas dunia ini oleh Allah, sebaiknya kita berterima kasih dan bersyukur padanya. Jadilah hamba yang bertakwa jangan jadi hamba yang angkuh dan lupa. Hidup hanya sementara akhirat jua yang selamanya,

No comments:

Post a Comment