Assalamualaikom dan salam sejahtera. Sempena sambutan Maulidurrasul 1431 H tahun ini, eloklah kita menyingkap sedikit kisah nabi besar junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. untuk kita jadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh terbaik yang perlu kita ikuti, baginda adalah seorang pemimpin agong yang hebat, ketua keluarga yang terbaik, pemimpin yang adil dan bijak, peniaga yang jujur dan sebagainya.
Contoh tauladan seperti inilah yang perlu kita ikut sepanjang masa. Didalam rumahtangga pula Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang suami yang penyayang, bertanggungjawab dan pendidik yang terbaik. Baginda sentiasa menasihati isteri-isterinya mengajak berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Diantara pengetahuan yang perlu kita ketahui untuk menjadi suami yang baik mengenai rumah tangga Rasul kita yang tercinta Muhammad S.A.W ialah...
1. Baginda S.A.W sentiasa berlaku ADIL sesama isterinya. Apabila baginda menghadiahkan cincin kepada semua isterinya setiap satu. Begitu juga dengan pembahagian masa kepada setiap isteri-isterinya.
2. Baginda S.A.W bersikap ROMANTIS dengan isterinya,berpegang tangan dengan isterinya. Baginda telah bersabda, apabila pasangan berpegang tangan dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari tangan mereka. Oleh itu para suami sentiasalah pegang tangan isteri apabila keluar bersama. Baginda sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan berhemah. Walaubagaimanapun didalam hal syariat baginda sentiasa tegas dan tidak berkompromi.
3. Baginda S.A.W adalah seorang yang PEMBERSIH. Baginda telah memotong kuku tangan isteri baginda sendiri.
4. Nabi Muhammad adalah seorang suami yang PENYAYANG, baginda mandi junub bersama isterinya untuk mengeratkan kasih sayang baginda dengan isterinya.
5. Baginda sentiasa melakukan aktiviti bersama isterinya seperti mengajak isterinya keluar bermusafir, beriadah dan lain-lain lagi aktiviti.
6. Amalan tolong menolong dalam membuat pekerjaan rumah. Nabi Muhammad s.a.w sentiasa membantu isteri-isterinya melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian,menjahit jubah , menyapu sampah dan sebagainya.
Kesimpulannya, dalam kita mencari keredhaan Allah S.W.T dan bekalan untuk kehidupan akhirat serta kesibukan bekerja sepanjang hari, janganlah kita lupa pada amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Isteri kita adalah amanah kepada kita sejak kita mula di ijab kabulkan. Anak juga mempunyai hak untuk kita tunaikan, seperti memberi ilmu fardu ain secukupnya, sentiasa menasihati dalam perkara halal dan haram sesuatu perbuatan, aurat dan sebagainya. Begitu juga dengan isteri, ada hak suami yang perlu ditunaikan dan janganlah mengambil kesempatan diatas segala perbuatan baik suami selama ini, dan membebankan suami dengan permintaan yang tidak munasabah.