“Hai orang-orang yang beriman jauhilah banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan jangan pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lainnya, sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?, maka tentulah kamu akan merasa jijik terhadapnya, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang”.(surah alhujurat 12).
Pengajaran dari ayat ini ialah.
1. Sifat prasangka terbahagi kepada dua iaitu, prasangka baik dan prasangka buruk. Sifat prasangka buruk perlu di jauhkan dalam kehidupan kita.manakala prasangka baik hendaklah menjadi amalan hidup kita.
2. Jangan mencari kesalahan orang lain. Carilah kesalahan diri sebelum menuding kearah orang lain.
3. Jangan mengumpat, orang mukmin tidak akan mengumpat saudara-saudaranya sendiri. Ia diumpama seperti memakan daging saudaranya yang yang telah mati.
4. Merasa jijik apabila mengata,mengumpat dan mengutuk sesama sendiri. Bayangkan jika diri kita pula yang diumpat dikutuk oleh orang lain, sudah tentu kita akan merasa tidak selesa.
5. Jangan terlalu banyak berprasangka terhadap orang lain.
6. Bertakwa kepada Allah.
Dari ayat di atas juga kita dapati bahawa peranan lidah amat besar dalam kehidupan seseorang. Lidah juga berperanan memandu manusia samada kearah kebaikan atau sebaliknya. Kita hendaklah mencontohi akhlak Rasulullah. Sabda Rasulullah SAW. Dari Uqbah bin Amir dia bertanya kepada Nabi SAW:”Apakah amal unutk selamat?Jawab baginda:”Jagalah lidah dan menangislah selalu terhadap dosa-dosamu”. Panduan ini amat mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan jika umat Islam tidak bersedia ke arah keselamatan dan kebahagian. Lidahnya sepatutnya boleh berzikir mengingati Allah, bercakap-cakap memberi nasihat yang baik tapi sayang, dibiarkan menyakiti orang lain.Kerana lidah tidak bertulang seseorang manusia boleh bermusuhan dan kesannya terhadap kerja harian yang dilakukannya tidak mendapat sokongan dan perhatian ramai. Malah ramai akan membencinya lalu memulaukannya. Kalau ini terjadi, maka gagallah segala perancangannya. Dan Allah akan hilangkan keberkatan untuknya.Sebagai kesimpulannya,memetik kata – kata Imam Al-Ghazali” Siapa yang lebih baik hari ini dari sebelumnya maka beruntunglah dia. Dan siapa yang hari ini sama seperti yang sebelumnya rugilah dia. Dan siapa yang yang hari ini lebih teruk dari sebelumnya celakalah dia”. Dari itu sama – samalah kita menjaga pertuturan, tingkah laku untuk kebaikan bersama sebagai bekalan untuk kita bawa bersama dengan amalan – amalan lain di Akhirat nanti..